Thursday, June 16

ni dilema aku. kau macamana?

Assalamualaikum. ari ni start buat projek yang ke-empat kat Roshfin tercinta (gamaknye). but entri kali ni bukan nk cerita pasal projek2 food container tersebut tapi nak cerita pasal dilema hidup sebagai seorang penghidap HIPERHIDROSIS macam aku. kenapa tiba2 nak sebut pasal ni ek. ahhaaa ntohle~ 


tangan macam ada paip air =p


hiperhidrosis adalah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif or dalam bahasa yang mudah kuat berpeluh. tapi bukanla kat seluruh organ dari hujung rambut ke hujung kaki. n pada aku ia hanya menyerang tapak tangan je. namun, ia tidaklah meninggalkan bau busuk mahupun tengik seperti yang terdapat pada bahagian ketiak bergantung kepada sejauh mana individu tersebut menjaga kebersihan n kesihatan diri. fuhhh, penat aku menggunakan bahasa mengikut tatabahasa yang betul tau. 


aku pun xtau sejak bila menghidap penyakit ni. dari kecik la kot. tapi memandangkan aku belum tahap kronik n family xde nak kaya raya sgt so, belum la sampai nak uat pembedahan ke hape. tapi ade la jugak dok search2 pasal bende nih. actually xde ape sangat pn. juz kadang2 bende ni sedikit sebanyak uat aku x konpiden kat orang lain. lagi2 bila aku neves or watever yang berkaitan dengan masalah jantung berdegup laju mahupun sederhana laju. nak salam ngan orang pun kadang2 payah. yela, kot2 orang tu xselesa kn so, aku lagi la juta2 kali xselesa. tu yang buat aku malas nak salam orang tuh. dosa tak cakap camni ek..untuk kebaikan actually. kita bersama ;)


rase lagi kesian tengok orang yang lagi teruk dari aku. sometimes sampai macam boleh diperah kot. tapi bila difikir-fikir balik selain dari dia men'down' kn konpiden level ckit2, ade jgk baiknye...at least aku takde la gatal sgt tangan dok nak sentuh2 orang, pukul2 orang ke hape kn..especially lelaki. good..good..good... ;) 


heliza pom hiperhidrosis jgk. cian kami =(


p/s: encik dear, thanks coz accept me who am i..sy juz xsempurna. loveyasomuch =p

4 comments:

  1. aku pun menghidap penyakit yang sama. tapi aku atasi dengan motivasi diri yang tinggi. sampaikan langsung tak berpeluh kat tangan. apa-apa hal panik, aku buat tak panik supaya taknak cepat berpeluh balik.

    ReplyDelete
  2. indera: whooaaa...aja..aja...cane..nk tau~~ nk detail...

    ReplyDelete
  3. zul: ha, ni le gamaknye~~ huhu

    ReplyDelete