Monday, November 28

something YELLOW, yet BLUE

assalamualaikum, salam 1  Malaysia

harimau malaya dah tentu2 menang la kan tapi yat satu hape pun tak updet lagi dari last entry. anyway dis week quiet busy dengan project, asigment, test, bla..bla..bla coz the final juz around the corner la kn..time nih la baru datang kesedaran n kekesalan setinggi gunung everest. namun, namun, namun.....kerajinan yang maha hebat tu masih belum muncul2 jugak. nak tunggu gunung everest tu jadi gunung ape pulak pun  tak tau la..hayati, hayati..insaf plz....~

so, dalam pada yat dok menggeletar tangan menaip financial report ni ape kate stop kejap then sembang2 pasal colour nak x? kalau nak juz teruskan bace then kalau tak nak juz p hujung belah kanan click button 'x'..hehe..

anyway, lately yat adored sangat kat kaler something like yellow, mustard ni sume gara2 tengok baju encik lecturer yang macam sangat eye-catching plus nampak gorG semacam. maybe sebab skin tone die cerah so reflection kaler tu jadi sangat menawan.oh..yat nak jugak 1pieces kaler camtu plz.. okey, dah simpan dalam hati kat sudut paling dalam sekali. tu impian. :D

but semalam ade jugak pegi membazir masa, tenaga dan wang ringgit melayan kehendak perut yang nak makan muntah kedarah plus kerenah mata yang kemahin nak tengok TWILIGHT SAGA breaking dawn pt.1 tu...so yat plus beberapa kwn kesayangan pegi la bukit raja *destinasi terdekat untuk berpeleseran. langkah je kaki masing2 terus shocking down coz sale here n there. duit dah la kering tapi mampu ke kak nak tahan mata plus keinginan? jawab..jawab..

memandangkan memang dah lame mahukn duakepingsandal yang supersweet untuk alas kaki pegi kelas (timepakaibajukurungje.ari isnin,jumaat) makanya berenti la jugak kat 1 of the outlet. igt balik misi kita kan? kaler yellow,mustard plz..!! belek pny belek then jumpe satu yg macam berkenan dihati. actually mmg dah lame kenan pun. juz time tu masih mahal so tak beli..hehe..dat pieces ade fews kaler like yellow, pink n others..yat try semua kaler yang sesuai dengan myskintone. Q kat kaunter then bayar n lastly babai kedaikasut. muka hepi tak hingat =)

conclusion:
 1- sandal yang dibeli bukan berwarna kuning, pink mahupun warna2 lain. ia adalah BIRU.
 2- sedar yang yat mmg tak boleh lari dari BIRU.
 3- BIRU adalah segalanya


so, ape warna feveret korang? yang diehardfan punye lah..

lupa diri..lupa diri..*nyampah


*penat stop dduk kejap. dat cuppy were not mine 



p/s: lain kali tetapkan hati. jangan terpengaruh dengan keadaan. ape yang baik pada orang belum tentu sesuai dengan kita. accept it with who u're. n dont overboard. spreadthelove

Monday, November 21

Final Sea Games. Go Malaysia

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia.

ari ni yat nak buat entry pasal bola yang menjadi fenomena pada rakyat Malaysia pada ketika dan saat entry ini di taip. actually yat bukanla peminat fanatik sukan bola sepak tak kira la dalam or luar negara. bahkan juz beberapa je pemain HARIMAU MALAYA yang yat betul2 kenal. yat kenal dieorang tapi malangnya tak sorg pn dari mereka kenal yat. sob3...

tapi tak kisahla kan. itu bukan tujuan utama entry kali nih. yat juz nak share experience yat memandangkan inilah kali pertama yat tengok siaran langsung perlawanan bola sepak Malaysia kat kedai makan. kuno sangat kan.

haha, sebenarnye niat asal juz nak makan malam je pun coz mmg tak amik port pasal bola2 ni plus selalu sgt kecik ati dengan en.dear kalau dok tgk bola sampai tak hiraukan yat.huu..start  keluar dari pintu bilik je dah nampak orang dok sibuk-sibuk set up tv, siap panjat2 lagi dok capai suis tv yang dipasang agak tinggi plus bersemangat gila sampai pakai jersi Malaysia ramai2, bawak bendera...wahhhh...teruja sgt rase time tu. padahal kat dalam kolej je pun. yat tgk tiga2 tempat tv penuh dengan student. kemahin dieorang ni. bangga plak rase tiba2 ada penyokong yang bersemangat waja camnih.

suasana bertambah-tambah meriah lagi kat kedai makan bila masing2 menjerit2 bagai nak terkeluar anak tekak. sampai pakcik owner kedai makan yang selama ni nampak pendiam pun aggressive semacam. sedikit sebanyak terasa la jugak bahang ke neves'an tu menyelinap masuk kat dalam diri yat yg tak minat arena bola sepak nih. ntah kenapa hepi sangat tengok muka penonton2 ni bila depa senyum bangga Malaysia menjaringkan gol yg pertama. sejuk sgt hati especially tgk pakcik td..(senyum sorg2 lagi. terhibur)

so tak kira la menang ke kalah. kami percaya HARIMAU MALAYA dah cuba yang terbaik utk maruah Malaysia. plus dah bawak kegembiraan pada seluruh rakyat Malaysia. Fighting, fighting..go Malaysia. best of luck to u... ;)


yang benar,
bukan peminat bolasepak






p/s: kalau Malaysia menang esok cuti tak eak? hihi =p

Sunday, November 20

keropok lekor DADAH.. *-*

Assalamualaikum. salam 1 Malaysia...

last two days ni macam terkena sumpahan maha hebat dari makhluk bernama keropok lekor. tak tau la kat mane ntah silapnye. cerita bermula bila petang jumaat ritu 1 of my friend ajak pg pasa kat dataran kolej mawar coz mengidam nk makan YONG TAU FU. kenape yat dok bold kn word yong tau fu coz sepanjang jalan yat sebenarnye misscommunication dimana yat membayangkan yong tau fu tersebut adelah TAU FU FAH..!! dh jelas2 la yat konfiden gila yang bende tu mestila ade kat pasa kn..mna mungkin xde..pasar lambak Rengit pn ade kot. dengan bangga lagi bersemangat sampai sanggup patah balik bilik kutip rabbit card coz kne naik rapid kn p ctu yat pun menghayun langkah penuh impian demi menunaikan hasrat kawan tersebut.

setibanya di dataran kolej mawar.

eh, ala nape xbanyak pn gerai. (mata dok tertinjau2 gerai tau fu fah)
hah..! kawan, tu die..p la beli..(smiley hbis muke)

mane yat? tu kan TAU FU FAH..nk makan YONG TAU FU lah..! 

lah yeke..hehe (senyum sorg2)


okey, dah terang lagi bersuluh yang aku salah. terus tak cakap pasal tu coz tak nak kene bahan dengan kekurangan akal diri sendiri..puufftttt...so memandangkan ape yang dicari tak jumpe maka cepat2 la otak ni fikir solution nak menyantap ape malam ni memandangkan perut masing dah macam berkeroncong lagu plainwhitetshirt. tengok kiri kanan berbaris la jugak gerai makanan. eh, uncle bob pon ade la. tapi my rumets penah beli kate tak sedap kat ctu so yat dan2 nak establish diri sendiri as peminat setia uncle bob kat seksyen dua je. then tiba2 tekak rase macam nak makan keropok lekor.

scene ke2- 
peh, ade dua gerai la jual kopok leko. nak mane satu
eh2, cube tgk nape gerai tu macam ramai gila org ha, yg satu lg ni xde pon?!!

jom ah beli kat ctu. sedap kot
yat, nape sume org macam beli banyak2? macam malu je kalau beli singgit

hahaha..bia jela..bkn nak mkn byk sangat pon kn.
depa ni nak mkn utk satu bilik kot. (sdpkn ati) 

sesampai je makhluk tersebut ke dlm mulut......peh...!! sdp..ptutla dieorg dok beli banyak2 gila..nikmat2..
yat pn ckp kat kawan tu peh, ni fenomena nih..jarang gerai kopok leko kne serbu lagu nih..paroh2..

nak dijadikan cerita sabtu petang kolej seroja ade pertandingan nyanyi2. demi kerakusan mengutip kupon utk penempatan sem depan maka gagahkn la jugak kaki ni pegi padahal duarius event tu mmg tak best except for ade 1 band bdk muzik nih. tu superb. langkah je kaki nampak gerai kopok leko semalam..! memang mustahil la kalau yat tak grab utk santapan petang tuh. hamik..! 2ringgit yat beli. tamak kn..sedap..sedap..
malam ade lagi event. kutip kupon lagi. beli kopok leko lagi. 2ringgit lagi. bayangkan dalam mase bpe jam tu yat dah melantak bpe byk kopok. ish3..jangan sampai yat ikut macik jual tu balik la kn...

ehsan google


xtau la boh ape ntah dalam kopok tu sampai ketagih yang maha hebat. 
tadi tengahari dok nak cari lagi kopok tu dpn kolej seroja kot2 ade. malangnye tak de dh..sob3..sedih cikit. 
so, arini mkn nasi lauk ayam goreng je. tiada lagi kopok. sekian. 


p/s: en.dear bila ntah nak blk. boring la msg kjap2 je..malam tak boleh tdo..! *-*

Saturday, November 19

blaBbering vol.1

currently jeles dengan encik dear sebab die pegi holiday n me terperuk je kat kampus tercinta ni..oh dunia......



picygtakberkaitan.latestevent


p/s: hope selamat pergi ,selamat balik. mood: rindu *-*

Friday, November 4

TAG..!

Assalamualaikum. 
entry kali ni juz nak jwb tag dari amna je. kira last entry sebelum i balik kampung untuk cuti hari raya la chu'olz ea.

muka eksaited budak nak balik kampung *-*



  • You must post these rules.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her
  • No tag back !

rules die kira camtu la kn. tapi 11 i thought too much la kn nak cite pasal diri aku bagai. i bukan artis chu'olz. so aku amik 7 je. tak banyak tak sikit. 

okey, 7 perkara mengenai diri aku: 

  1. Nama penuh aku Nur Hayati Binti Mohd Yusof  boleh panggil aku yat, yati, ucik, wa anti yati ke ape2 yg sesuka hati chu'olz nk panggil and anak jati Johor. tak kesahla orang nak kate sultan aku blagak ke terok ke, most important i'm damn proud to mention me as Johorian. 
  2. Orang kampung je. so aku tak up to date mcm orang lain. tapi nak cantik. cne,cne...
  3. Sangat cintakan keluarga especially puan emak. (ade ke org tak syg mak??) plus cintakan kawan2 aku. pada aku kalau sekali kwn bia sampai mati. selagi mampu akan cuba yang terbaik utk puaskan hati kawan2 walaupun mulut aku kadang2 mcm xde insurans. 
  4. Tinggi around 154,155 cm n berat 43,44kg plus memiliki drumstick n pipi yang sgt comel mcm nak meletop2 (gemok la wei). 
  5. suka kaler biru sangat2. every year mesti baju raya kaler biru n kawan2 pun sampai naik jelak dengan pemilihan warna tersebut. konon biru sangat tenang padahal aku seorang yg sangat menggelabah. 
  6. tak berapa nak friendly. juz cakap dengan org tertentu je. coz tak pandai nak memulakan perbualan. tak sombong sgt pon actually. be nice wif me n i'll nice wif u ;)
  7. dah ade boyfriend almost 6years. Mohammad Khairi Mohd Daniar n sayang die juta2. actually boleh hidup tanpa die tapi......ha, tu yg payah nk jwb tu. try hard pertahankan relationship even bertekak almost everyday sbb syg,syg,syg..!

n now aku nak jwb soalan cik amna pula.....

1. Apa makna nama anda?
- makna name cahaya kehidupan. sbb tu rase hidup ni happy je. 

2.  Suka kucing tak? Jawab jujur. Huhu...
- tak..! kucing yang tak suka sy. aggressive. takot..huu. tapi tak benci. haiwan kesayangan Nabi.

3.  Aku misteri tak?
-yeps. unpredictable. 

4. Kalau tiba-tiba dapat magic untuk menunaikan satu impian, apa impian tu?
-nak jadi baik.dalaman dan luaran

5.  Blog anda secara keseluruhannya, mengenai apa ya?
-hah, macam2. sume pon nak cerita

6.  Apa tiga benda yang anda tak akan buat walaupun keadaan memaksa?
- bunuh orang, 

7. Mana yang anda utamakan? Budaya kita atau trend semasa?
- both. depends on situation. i'm wearing baju kurung every friday. 

8. Buat masa sekarang, benda (milik anda) apa yang paling anda sayang?
- bende ea. my blackberry. couldnt live without phone. 

9.  Sebab apa follow blog Gadis Misteri ni?
- latest update bout u. kita kn klasmet

10. Cinta pertama masa umur berapa ya? Hehe..
- if cinta yg btl2 cinta mase 15tahun. still together till now. Alhamdulillah =)

11. Jawab semua soalan ni dengan hati yang lapang tak?
- okey je..enjoice!


okey, sekarang jwb soalan aku plak: 

  1. name penuh plus lahir kat mana?
  2. suka kawan dengan aku tak? (juz jujur coz aku xmkn org)
  3. sanggup buat apa saja utk kawan?
  4. paling sedih kalau kehilangan...............?
  5. pandangan mengenai pemerintahan Malaysia sekarang?
  6. sila mention sepuluh nama yang paling korang tak boleh hidup tanpa mereka.
  7. kelebihan yang korang rase tak de kat orang lain?
nak tag sape ek. jap2..pahadal aku takde ramai kwn pon. tag zulhilmihudaekinazreendeankecikzati

so rajin2 kan la diri jwb okey..kalau tak lapang juz tak payah.. ;) 

p/s: spreadtheloveeeeeeeee :D

Tuesday, November 1

shah alam OH shah alam

Assalamualaikum.
salam 1 november, salam 1 Malaysia. berita melaporkan cuaca teruk dibahagian barat semenanjung Malaysia (okey, yg ni aku tibai je. sbenanye tak tau barat ke utara ke selatan ke timur ke) terutama shah alam berikutan hujan disebelah petang berlarutan hingga ke malam lebih kurang seminggu dari tarikh entri ini diterbitkan. hal ini mengakibatkan beberapa pihak khususnya pelajar universiti tempatan Universiti Teknologi Mara kampus shah alam mengalami masalah 'kelemauan' akibat cuaca sejuk. sekian ucikbusuk melaporkan untuk berita jam sepuluh empat puluh...krrooihhh..krooihhh...

hahaha, ape la masalah kau ni sebenanye labu..hadoi~ tak..tak..tak..i just nk cerita pasal shah alam yang lately asik hujan je waktu petang. byk gila aktiviti yang tergendala disebabkan hal ini. i tak kondem okey, jgn salah faham. hujan tu rahmat. juz bila petang dah tak boleh nak jogging, balik kelas kalau kul6 mesti kene tggu sampai hujan reda cikit baru boleh gerak balik kolej. akceli tu sebab i tak de payung..wuu..sob3..
then bila dah sejuk mesti lemau je kan nk uat asgment. mesti nak melengkau je kat atas katil kan. mesti nak tido je kan. mesti nak makan je kan (kalau tak hujan pon aku mmg kuat makan *-*). mesti nak p toilet je kan..ish3..jangan tiru aksi lasak ini okey. non-elok..

tapi ade je jugak advantages die, i speaking okey chu'olz..mampu?? haha, sila abaikan perangai pelik tangga pertama ini. ha, kelebihan pertama sebab musim hujan ni la i dah jimatkan bil air kolej seroja. bawak2 la faham sendiri eah..ngee..baju kotor pun takde nak banyak sangat makanya duit syiling plus sabun cuci dapat dujimatkan. fuhh. mesti puan emak lega dengar pasal nih. kalau tak asik nak pow duit syiling die jek..huhu

disamping itu, kerana cuaca hujan jugak ramai la klasmet2 i yg mcam demam2 gitu. tapi xpela kn. sakit tu penghapus dosa kecil bak kate ustaz arab. wahh..lop ustaz..sbb die cool..(tetibe) *-*

so rakan-rakan sekalian, kurangkan aktiviti luar okey, kelas jangan ponteng plak. last but not least, peribahasa utk hari ini 'sediakan payung sebelum hujan' kalau tak berkurun la tunggu hujan reda kalau nak pegi mana2..papai..spreadtheloveeeeeeee :D

tetibe rindu kat cik gadis, puan emak n budak kecik nih..wuu


p/s: next week nak balik dh..! yeay....rindu encik dear jugak. rindu makanan kat umah jugak. siryes nak makan banyak2 sgt..! ;)