kalau nak kata aku berlagak atau cakap tak serupa bikin, mengata, mengeji sila jgn habiskan baca. Serius aku tak izinkan. Ini lebih kepada peringatan terhadap diri sendiri serta teman-teman. Aku manusia biasa juga seperti anda wahai uda dan dara.(cewahhh)
Bila difikir-fikirkan aku pernah juga tulis entri berkaitan ala-ala kisah ni tapi yang ni lebih kepada ekspresi menonjolkan perasaan sebenar dengan bertikan lidah ala maya. Dah jadi macam satu budaya satu ikutan bila wujudnya laman sosial seperti Facebook atau yang berkaitan, ia umpama medium untuk meluahkan rasa hati. Bila terdetik sikit perasaan dihati mula la nak 'post' itu ini. Aku bukan menuding jari sebab aku sendiri pun kadang-kadang buat. Apa ye yang diharapkan sebenarnya, hempasan perasaan yang membuku dalam hati atau menagih simpati pada yang faham ape itu musibah.
Ada satu hari tu, rakan kelas aku ade tegur (bukan ditujukan pada aku pun) atau dengan kata manisnya bertanya 'kenapa perempuan suke boh status2 kesian? nak mintak simpati ke?? ' dan aku tanpa semena-mena melenting (pantang kot. mungkin sentap dengan word perempuan itu) dan jelaskan pada beliau yang itu semua cuma luahan rasa hati.Tidakkah dia rasa puas bila setongkol masalah keluar dari otak beliau. Walaupun tak membantu mana sekurang-kurangnya meringankan. Ia bergantung macam mana manusia respon terhadap perkara-perkara tersebut. Tapi bila difikir-fikir semula, ada betulnya juga. Tapi aku pun belum tentu boleh lari dari semua tu. Kadang-kadang kita perlukan sokongan rakan-rakan bila rasa 'down'. Kan rasa sangat senang hati bila ada 'angel' yang suruh sabar, bertahan, 'support' lah sikit-sikit. Tengok, kan positif je 'feedback' nya.
Bermula dari hari tersebut aku makin berhati-hati bila taip status yang untuk tontonan umum tu. Risau dilihat tak 'COOL'..hehehe..
Berbalik kepada cerita asal tentang tikaman lidah ala maya tu, hentikan jela. Pernah fikir tak akan ada hati yang terluka. Jadi manusia ni jangan semua nak 'publish' lagi-lagi kalau bende tu cuma indah khabar dari rupa, usikan-usikan manja, ketidakpuasan hati yang entah hape-hape, atau yang seangkatan dengannya. Ilmiah la sikit. Kita manusia bertamadun. Kalau hal-hal kecik macam tu boleh bawak berbincang memandangkan masing-masing dah besa, tua bangka (aku assume sume dh besa la coz dh boleh bukak blog cikai aku ni) kecuali memang ada yang kurang faham bahasa, bila dah pesan dah tegur berkali-kali, dan sedarnya untuk seketika memang menempah hamburan kata-kata kurang manis. Itu sengaja dirancang.
Kita hidup sesama manusia ni kalau saling memahami, tak kacau hidup orang lain kan indah sedamai, sesejuk air 'water cooler' je. Tenang.
Aku pun tak kan usik hidup sesiapa(xkuase kot) kalau ketenangan aku yang umpama air laut ni tak diganggu-gugat. makanya kalau berlaku juga bersiap sedialah dengan pukulan dan libasan ombak dari aku. Jangan cabar. Aku mungkin kecik. Nampak 'weak'. Jangan sangka air tenang takda buaya. Tapi biasanya jarang juga lah aku nak melayan. Mengurangkan masa-masa indah aku ja layan manusia-manusia berfikiran cetek. 'Act like a degree holder' bak kata 'sahabat' aku tuh. Ops..!! Aku ade SPM je sebenanye..hehehe..
Kau 'COOL' Aku pun 'COOL' .......wallaweyh... :D
No comments:
Post a Comment