1st~ semakin xfaham dengan etika hidup manusia..termasuk dr aku sendiri.termasuk hidup aku sendiri..ape yang kte kejar sbenarnya dalam hidup? dunia kini atau kehidupan akan datang.menyebut tentang kehidupan akan datang aku bukanlah jenis gadis2 yang terlalu baik.suci.hanya manusia biasa.namun aku kadang2 hairan.manusia sememangnya x pernah puas dgn apa yang mereka miliki..aku xtuding jari pd sesiapa..aku berkata tentang dr aku sndri..
2nd~ benda paling nyata.time lecture week sume sebuk2 nk cuti la apela..tp blm smggu cuti sem brape byk status bosan,boring kte blh tgk kt FB terutamanya? smpai mls nk tgk pn ade.aku sendri pn rase bosan.sbb tu wjudnya blog nih..manusia2~~
3rd~ ini blm berkelana tentang hasad dengki manusia lg.bersangkut paut jgk dgn 'ketidakpuashatian' sesama manusia.yg ni aku paling hairan..xboleh ke manusia dalam dunia ni hidup aman damai tanpa sikit pun perasaan hasad,cemburu..bukan ke kalau 1 kebaikan kte buat pd orang, kte akan dpt 10kali ganda kebaikan..tp xkisahlah tu semua.yang aku tau aku dah cuba sedaya upaya puaskan hati semua pihak.sama ada mereka berpuas hati atau tidak itu bukan masalah aku..
4th~ meh aku selitkan beberapa tip 'mencuci hati' utk kebahagiaan dr sendri memandangkan aku dh pun uat kesimpulan bahawa orang yang suke dengki kt orang ni sbenanye x bahagia dgn ape yg dia miliki..atau dgn kate lain..xbersyukur~~
1. solat dan banyakkan berdo’a
2. bisikan kepada diri perkara yang positif
jgn sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan
diri sendiri.
3. sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati:
“Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya,
ceria, bersemangat, aktif, positif”
4. puasa
5. ingat tentang mati
6. sedekah.
7. belanja orang makan.
8. kawan dengan orang miskin (menginsafi)
9. jaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya),jangan dengar orang
mengumpat.
10.selalu bersyukur
5th~ done...! =)