orang cakap kalau tak berani di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai. orang lagi cakap jangan di jolok sarang tebuan. tapi konsepnya kat sini tak ada siapa pun yang pegi pantai ataupun disengat tebuan. itu peribahasa lama. peribahasa nenek moyang dula kala yang bagi kita peringatan supaya berhati-hati dalam segala hal. peringatan supaya tak mengeluh dengan setiap keputusan yang dibuat. baik ke, buruk ke feedback dia terima dengan hati yang ikhlas, redha, pasrah. then ombak rindu pulak kata redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. agak-agak yang mana satu kita?
kadang-kadang ramai yang persoalkan tentang kesabaran seseorang. hidup siapa tak pernah dilanda musibah. itu ujian. ujian dari yang maha Esa kepada hamba dia. nak uji sejauh mana tahap kesabaran manusia berdepan dengan dugaan. tapi sabar tu sebenarnya satu pilihan atau keterpaksaan. kita pilih untuk sabar supaya diri kita tenang, atau kita terpaksa sabar bila kita tak ada jalan penyelesaian. pilihan atau terpaksa, ia tetap sabar. ia tetap buat manusia menjadi seorang manusia. kalau tak mungkin manusia zaman sekarang ni dah mula berbunuh-bunuhan walaupun untuk perkata kecik. tapi jangan cuba-cuba menguji kesabaran seseorang lebih dari batasnya. walaupun kita tau die seorang yang sabar.
kepada yang penyabar, tahniah aku ucapkan. kau sebenarnya dah letakkan diri kau pada satu tahap yang tinggi sedikit berbanding orang yang kurang sabar. dan aku pasti ada ganjarannya. lambat atau cepat.
No comments:
Post a Comment