Monday, June 18

telur dihujung tanduk


please be nice baby. 
me love n need you so much.
jangan rosak-rosak tau.
T_T

Saturday, June 16

antara ombak dan sarang tebuan

orang cakap kalau tak berani di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai. orang lagi cakap jangan di jolok sarang tebuan. tapi konsepnya kat sini tak ada siapa pun yang pegi pantai ataupun disengat tebuan. itu peribahasa lama. peribahasa nenek moyang dula kala yang bagi kita peringatan supaya berhati-hati dalam segala hal. peringatan supaya tak mengeluh dengan setiap keputusan yang dibuat. baik ke, buruk ke feedback dia terima dengan hati yang ikhlas, redha, pasrah. then ombak rindu pulak kata redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. agak-agak yang mana satu kita? 

kadang-kadang ramai yang persoalkan tentang kesabaran seseorang. hidup siapa tak pernah dilanda musibah. itu ujian. ujian dari yang maha Esa kepada hamba dia. nak uji sejauh mana tahap kesabaran manusia berdepan dengan dugaan. tapi sabar tu sebenarnya satu pilihan atau keterpaksaan. kita pilih untuk sabar supaya diri kita tenang, atau kita terpaksa sabar bila kita tak ada jalan penyelesaian. pilihan atau terpaksa, ia tetap sabar. ia tetap buat manusia menjadi seorang manusia. kalau tak mungkin manusia zaman sekarang ni dah mula berbunuh-bunuhan walaupun untuk perkata kecik. tapi jangan cuba-cuba menguji kesabaran seseorang lebih dari batasnya. walaupun kita tau die seorang yang sabar. 

kepada yang penyabar, tahniah aku ucapkan. kau sebenarnya dah letakkan diri kau pada satu tahap yang tinggi sedikit berbanding orang yang kurang sabar. dan aku pasti ada ganjarannya. lambat atau cepat.


Friday, June 15

comeback *again

Assalamualaikum
salam 1 Ummah, salam 1 Malaysia

its been almost 1 month kot tak update blog ni. bukan kata nak bersawang, amazon pun boleh panggil dah kot. semak samun sana sini sama macam kepala hotak yang tengah serabut jugak ni. actually semua student memang sedang menghadapi waktu-waktu nazak sekarang ni tak kira la dari universiti mana pun dengan musim-musim nak menghadap final exam, test, final project, degree show etc. sebab tu la blog ni terabai. baru ni la dok jenguk, siap tuka template lagi tau. (mcm susah sangat je nak tuka template. padahal click aje)

rasa cemburu sangat hari-hari tengok update dari blogger lain. coz yat memang langsung tak sempat nak update. malam ni memandangkan yat dah meng'skip'kan diri sendiri dari pegi bengkel, buat kerja etc so mula la gatal tangan nak menaip entri. 

nothing much to say pun, juz nak say hye again *lambai-lambai tangan (malu tau sebenarnya) kat my reader if ada lagi la kan..ehheee..yat is back..!! *flipshawl bajet2 artis. kikiki

last but not least good luck to those yang sedang, bakal menghadapi final exam. may Allah bless you. and for me, good luck to myself for upcoming degree show. menggeletar lutut tau sebut degree show. be bless..be bless all....love you :)


hope we all back to datc for the BA scroll. amin